Monday, February 8, 2010

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu

http:apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf.

Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes.Data kajian ini diperoleh secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan juga secara kualitatif iaitu menggunkan teknik pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual.Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini.Kajian ini bertujuan untuk melihat tiga perkara utama iaitu kesediaan guru bahasa melayu ,kesedian murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.Data kajian kuantitatif di proses secara menual bagi mendapatkan frekuensi,smentara data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu.Dapatan kajian menunjukan majoriti guru berminat dan berusaha untuk mengagjar bahasa melayu.Mengikut persepsi guru,murid-murid juga bersedia untuk belajar dan guru juga tidak menghadapi masalah dalam pengajaran bahasa melayu.Kajian juga menunjukan majoriti guru yang mengajar bahasa melayu adalah berkelayakan dan berpengalaman.Bahasa juga merupakan alat perhubungan penting dalam kehidupan manusia.Melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak,perasaan,pendapat ,pengalaman buah fikiran,pengentahuan ,mendapatkan informasi ,menambahkan ilmu pengentahuan ,memahami orang lain dan sebagainya(Rahimah Hj Sabran,1993)Pembelajaran bahsa secara formalnya berlaku disekolah.Oleh itu guru-guru bahasa melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid disekolah dapat mempelajari bahasa melayu dengan sebaik baiknya.Kepentingan terhadap pengeuasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Bahasa digunakan dalam intraksi lisan antara guru dan murid.Hal ini jelas dinyatakan dalam sukatan pelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah dan juga sekolah menengah.Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran.Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa melayu iaitu memboleh murid-murid mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Oleh itu guru bahasa melayu memain peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid dalam penguasaan bahasa melayu Ab,Rahman Ab Rashid,Yap Kin Fatt dan Ab Rahim Selamat (1997)mengariskan empat peranan guru bahasa melayu iaitu perancang pengajaran dan pembelajaran ,penggerak dan pendorong pengajarandan pembelajaran ,pembimbing murid dan pemupuk semangat dan pembentuk sahksiah murid.
Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran bahasa melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara ,bahasa perpaduan dan bahasa ilmu,sesuai dengan rukun negara dan falsafah pendidikan negara.